Wednesday, 25 January 2017

Kempen Pawah Qurban 2017.. Apa ke mende ni???

As Salam Semua & Salam Sejahtera,

For more than two weeks tak blogging huhuhu... a lot of challenges at work, personal life and business sampai tak sempat nak blog. 

First challenge was work whereby I need to settle LRT3 tender for Apex Communications Sdn Bhd and as Tender Manager and also Technical team leader.. its a bloody tedious task.. huhuhu.. but settled & sent to Prasarana earlier than closing time.. then I kene kejar payment for all past project ada 3 projek semua plus 1 current construction project huhu then comes personal challenges yang mana nak settlekan anak sekolah dan nak pindahkan anak ke Taiping. Alhamdulillah settled dan anak I dapat masuk SK Kg. Jambu Taiping Sekolah Kluster Kecermelangan.. now nak settle pindah barang rumah pulak dari KL ke Taiping. Next comes the business challenges pulak nak fikirkan satu kempen yang mana boleh catapult my business and at the same time bantu orang ramai financially. So juggling all these challenges make me feels too overwhelming sampai I rasa exhausted mental & physical dan bila dah penat otak.. mmg malas la nak blogging.. sebab blogging kena fikir nak buat ayat huhuhu.

Sampaikan I deman laa... huhuhu tapi dalam pada demam tuu ada hikmahnya sebab I dapat idea for my campaign.. boleh pulak dapat idea masa demam hehe.. anyway kempen ni I namakan PAWAH QURBAN 2017. Actually pawah ni membawa maksud satu sistem membahagikan dua hasil yang diperolehi antara tuan punya dan orang yang mengusahakan. Di sini tuan punya adalah potential cattles owners dan I pulak adalah orang yang menjaga dan mengusahakan tuan punya lembu.

Pawah ni memang dah lama wujud dari dulu lagi tapi I tak amik tahu apa pawah tu. Sekarang lepas I start berniaga baru la I tau pawah tu ape.. so apa yang I boleh share on pawah lembu ni macam ni; katakanlah seorang ni dapat hadiah atau beli 1 ekor lembu betina jadi dia bagi kepada pengusaha lembu untuk jaga sebab mungkin dia sendiri tiada kepakaran, malas nak jaga atau sebagainya lah. So lembu yang dijaga oleh pengusaha lembu ada perjanjian yang mana anak lembu pertama milik tuan punya lembu, seterusnya anak lembu kedua milik pengusaha dan ianya berterusan sepanjang hayat lembu betina tersebut. Itu la sistem pawah diguna pakai dari dulu sampai sekarang. Pandangan I sistem pawah ni bagus cumanya lambat dapat pulangan. So I upgrade this system to my Pawah Qurban 2017 yang mana boleh bagi pulangan dengan lebih cepat.

Sebenarnya I buat kempen Pawah Qurban ni sebab pertamanya I nak bantu sesiapa yang berminat menjana pendapatan dan kita sama-sama boleh berkongsi keuntungan. Keduanya I ada ruang kat kandang yang boleh memuatkan sebanyak 100 ekor lembu dan I punya lembu baru ada 30 ekor jadi kandang I masih boleh memuatkan 70 lagi ekor lembu lagi so I nak maximise the space.

I punya kempen Pawah Qurban 2017 ni is totally different dan I yakin ianya boleh bagi return on investment dengan cepat berbanding sistem pawah sedia ada, dan selepas I launch kempen ni.. cukup je 70 ekor I tutup kempen I ni sebab itu je kapasiti yang I mampu jaga dan I akan launch balik same campaign next year.. tak kira la samaada seorang tuan punya lembu untuk 70 ekor atau 7 tuan punya lembu seorang 10 ekor atau macam mana sekalipun. Jadi siapa cepat dia dapat. Actually I sekarang cuma tunggu legal contract je ni dari my lawyer that happened to be my brother hehe after everything ready I'll officially launch my PAWAH QURBAN 2017 campaign target 1st week of February 2017.

Untuk sebarang pertanyaan..  boleh tinggalkan nama dan nombor telefon kat comment box di bawah atau whatsapp and SMS me at 0166500032 and I'll personally contact you back.

So that's all for now.. take good care of yourself.. God Bless everybody & Byeee. 

No comments:

Post a Comment