Sunday, 25 December 2016

PART 2 : WHAT REAL LIFE STORY... APE BENDE PULAK NI???

As Salam & Selamat Sejahtera Semua.

I rasa ramai peniaga terutamanya peniaga melayu di luar sana terlalu single minded.. seperti my father.. bukan tak boleh.. ada bagusnya single minded ni sebab kita jadi resolute dan kita resilient.. kita akan buat sampai jadi, sekiranya jadi.. alhamdulillah.. kita berjaya. Ada tak terfikir.. kalo dah salah jalan ke satu destinasi.. apa single minded people ni buat akan buat apa.. dah la salah jalan, sesat pulak tu dan dok pusing kat jalan tu tak jumpa-jumpa jalan and what amazed me orang yang single minded like my father dia pusing kat situ without even asking for direction sampai dia dah penat dan tersedar baru la dia akan tanya direction so pendek kata it an endless spiral of failure. Malangnya jalan (tempat/destinasi) dan kejayaan business adalah dua benda yang berbeza. Satu nampak.. satu lagi tak nampak. Benda yang nampak.. kita boleh la ubah.. tapi benda yang tak nampak macam.. iaitu kejayaan.. payah nak ubah. Tapi cakap pasal jalan dan destinasi ni kita nak pi mana-mana sekarang ni semua pakai Waze atau Google Maps kan.. confirm tak sesat.. jadi kenapa kita tak apply teknik yang sama dalam perniagaan dan kurangkan risiko nak gagal.

Jadi I sambung dari blog I semalam.. apa yang I nampak my father buat salah dalam business.. and this is a constant reminder for me not to make the same mistake. I think my father makes 4 major mistakes and keep on repeat them throughout his business. Pertamanya.. percayakan kepada partner dan  over dependent kepada pekerja sampai kena tipu.. apa yang I boleh cerita dan nampak kat sini banyak business my father yang dia kena tipu dengan partner dia dan jugak pekerja dia.. sebab I rasa dia mungkin terlalu percaya dan mungkin jugak dia amik mudah. Terlalu percaya ni.. apa yang I boleh cerita mcm ni.. my father handle operation syarikat dan dia tak nak tahu pasal management maybe dia kurang pandai atau tak percaya diri dia dengan duit jadi his partner handle management and accounting. So bila company buat duit.. kawan dia cerita yang company tak buat duit ataupun nak kena bayar banyak dan bawa lari duit tu sampai la company tutup sebab cannot sustain anymore dan my father percaya his partner.. bukan kita tak boleh percaya langsung partner kita tapi kita mesti in control.. to be in control kita kena pakai business sistem yang mana kita dan partner kita sama-sama boleh check each other.. maksud kat sini dia tahu apa kita buat dan yang paling penting kita tahu apa dia buat. If anything goes wrong kita boleh take immediate action. Sama juga dengan terlalu percaya pekerja contoh kedai makan kita percaya casher.. bulan pertama dia ok.. everything in order.. bulan kedua casher ni ada masalah kewangan jadi dia amik la RM100.00 kita pun tak cek dan dia terlepas.. bila dia dah terlepas ni dia akan buat sampai kantoi laa.. dan bila kita sedar.. kita dah terlambat sebab hutang dah banyak, perniagaan tak boleh sustain dan nak amik tindakan pun tak boleh sebab kita takda proper paperwork yang tunjuk dia bekerja dengan kita. Jadi kat sini.. dengan adanya sistem perniagaan sekurang-kurangnya boleh reduce ataupun eliminate risiko yang macam ni. We must be strong to take action.

Kedua my father pakai duit perniagaan sama macam duit sendiri..  I think this is very common dan I rasa I perlu elaborate panjang lebar.. masalahnya ramai peniaga yang sedar perbuatan ni iaitu sabotaj perniagaan sendiri tapi masih tak buat tindakan untuk berubah. Bagi yang belajar ni memang susah la nak berkembang perniagaan dia. Seterusnya ketiga jahil dan tak nak belajar dan rasa diri sendiri sentiasa betul.. ini kita kena muhasabah diri lah - self evaluation dan business evaluation periodically sebulan sekali ke 2 bulan sekali ke.. yang penting take action dan buat, sebab dengan evaluasilah.. baru kita tau apa yang kita kurang.. kenapa gagal.. dan perbaiki and take action untuk berubah.. sebab di dunia ni tiada apa sempurna dan kita kena sentiasa improve diri sendiri.

Akhir sekali my father tak buat marketing.. sebab semua business my father I rasa memang takde pun buat marketing produk dia.. jadi bila tak buat marketing macam mana orang ramai nak kenal dan cuba produk dia.. contoh yang paling senang produk Qu Puteh..  bila iklan Qu Puteh ni je I mesti tukar channel TV.. huhuhu.. ini adalah negative result dan ada yang suka iklan ni.. dalam kata lain.. iklan Qu Puteh ni.. berjaya tonjol kat mata penduduk satu Malaysia dan bila orang dah tahu.. ada yang beli dan cuba produk ni. Katakanlah suku dari 1% rakyat Malaysia beli produk Qu Puteh ni sebulan.. kita amik penduduk Malaysia seramai 30 juta jadi suku dari 1% bersamaan 75,000 orang akan beli sebulan.. dan katakan produk Qu Puteh dijual dengan harga RM10 tak ke RM750,000 sales sebulan. Jadi fikir-fikirkanlah.. kenapa marketing tu penting.
(Abah.. JJ mintak maaf banyak-banyak sebab analyze your mistakes.. it's really painful for me to write this down if you read this hope you'll understand and forgive me).

Jadi kat sini.. I sarankan nak berniaga kene pandai marketing.. kalau tak tau marketing.. belajar.. dan kalo tak mau belajar I tak boleh buat apalah melainkan berdoa agar korang sedar dan take action.. untuk belajar marketing.. kalo bukan sekarang bila lagi.

So that's all for today. God bless everybody and bye. 



No comments:

Post a Comment