As Salam & Selamat Sejahtera Semua
I tergerak nak belajar niaga ni sebab I rasa I tak boleh tak berjaya.. I must succeed for my youngest son. Jadi I pun scout around untuk program-program keusahawanan tp tak serius pun.. gitu-gitu je la cari. Until one find day I lepak dengan Abu Yazid bin Abdul Aziz my best friend (he's like my twin but a bit taller hehe). I sebenar dah perasan dalam FB dia, yang dia pegi seminar keusahawan tapi I saje je buat-buat tanya last weekend hng buat apa hehe.. jadi dia pun cerita.. memang best.. kalau org tu positif boleh jadi super positif.. dia cerita dia menangis dalam seminar... I pun mcm pelik.. apa hal seminar keusahawanan boleh buat orang menangis.. xde kena mengena.. tapi takpe as a good friend I listen to what he was telling me and probe for my own assessment. Jadi pendek cerita Abu galakkan I untuk pegi seminar ni sekiranya I betul-betul nak berniaga.
So nak tau seminar apa yang dimaksudkan.. Jeng.. jeng..jeng.. hehehe seminar tu adalah Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) oleh Dr. Azizan Osman. I sebenarnya terus terang dalam blog I ni.. I nak cakap suka pun tak.. tak suka pun tak Dr. Azizan nie.. I someone yang neutral.. I tengok iklan-iklan dia sebelum ni pun I buat tak tau je huhuhu.. tapi nak jadikan cerita Tuhan Maha Kaya dan Dia dah gerakan hati I.. why not I try.. jadi I pun daftar dan bayar.. dapat la lagi 2 tiket free. Mangsa pertama yang kene paksa rela is my wife laa haha yang kedua adik ipar I.. nak jadi cerita lepas daftar.. minggu depannye tu keluar isu Dr. Azizan bukan Doktor Falsafah.. My negative thought terfikir alamak.. macam mana ni.. duit dah bayar ni.. huhuhu so I revert back to my positive thought dan I amik yang positif, yang mana I pergi ke seminar IMKK ni nak belajar with an open heart and I don't care if he is a Doctor or not. Tuhan je la yang tahu. Jadi inilah membuatkan I tergerak dan terinspirasi untuk belajar berniaga.. iaitu Allah SWT menggerakkan I melalui my best friend.
Seterusnya tibalah hari yang dinanti-nantikan (ayat mcm ayat orang tunggu nak kawin hehe).. hari seminar. Hari pertama seminar I memang tak excited pun rasa biasa je.. sebab I beli tiket yang biasa-biasa je jadi bila sampai kat IDCC (Ideal Convention Centre) I cari tempat duduk area belakang sekali dan seminar pun start.. setelah seminar habis malam tu dekat kul 1 pagi. Perasaan I hari pertama lepas keluar dari seminar IMKK.. I rasa enlightenment dan semangat I pun naik.. tapi takde la banyak sangat.
Hari kedua pun sama jugak.. semangat I bertambah dan I feel more enlighten dari 1st day (kepala pun dah start berdenyut hehe sapa yang pegi seminar je yang tahu hehe) dan hari paling tragis bagi I hari ketiga.. sebab I ni yang kental ni pun berlenangan air mata.. memang betul la Abu cakap masa kami lepak.. I pada masa tu I senyum sinis je.. dalam hati I.. betul laa tuu Abu huhu.. tapi bila I dah rasa sendiri.. memang betul.. berlenangan airmata.. memang satu transformasi.
Jadi I TAK GALAKKAN orang ramai yang nak berniaga mahupun yang dah berniaga bertahun-tahun daftar seminar Dr. Azizan Osman ni.. hehe.. JANGAN hehehe.. sebab dia tak banyak pun ajar macam mana nak berniaga hehe (Sorry Dr Azizan Osman tak sengaja Promote your seminar hehe boleh dapat diskaunkan for future seminar hehe) TAPI bagi siapa yang dah pergi seminar IMKK macam I nie.. seorang Project Manager yang makan gaji selama 7 tahun.. memang I rasa satu transformasi yang lain macam sebabnya seminar IMKK ni life changing.. serta IMKK ni dah buka mata dan hati I and it make me soul search deep within myself sampai jumpa sebab-sebab nak berniaga and kaizen myself. Dalam kata lain seminar IMKK ni SUPER BAGUS sebab daripada I tak nampak jalan.. sekarang ni, dah nampak mana I nak pergi in life. Pendek kata.. kat sinilah I termotivasi and it had empowered me to be brave and reinforced me to pursue my dreams.
Sesungguhnya semua bermula daripada diri sendiri dan jika diri sendiri tak ubah.. kita akan berada di tahap yang sama sampai bila-bila dan IMKK ni boleh buat anda berubah.. believe me, I've experienced it. Apa yang I boleh tambah lagi Dr. Azizan dalam IMKK ni dia tunjuk jalan.. terpulang pada anda untuk buat tindakan sendiri.. atau tak nak buat tindakan.. is all up to YOU. Ini bukan macam sekolah dulu.. cikgu spoon feed everything. You yourself need to think for yourself and take action and when that happened.. positive result will definitely come in your way.. don't think.. take action now.
Sesungguhnya semua bermula daripada diri sendiri dan jika diri sendiri tak ubah.. kita akan berada di tahap yang sama sampai bila-bila dan IMKK ni boleh buat anda berubah.. believe me, I've experienced it. Apa yang I boleh tambah lagi Dr. Azizan dalam IMKK ni dia tunjuk jalan.. terpulang pada anda untuk buat tindakan sendiri.. atau tak nak buat tindakan.. is all up to YOU. Ini bukan macam sekolah dulu.. cikgu spoon feed everything. You yourself need to think for yourself and take action and when that happened.. positive result will definitely come in your way.. don't think.. take action now.
So that all for now.. tune in tomorrow.. there's another different experience.. I want to share.
God Bless Everybody.. Bye.
God Bless Everybody.. Bye.
No comments:
Post a Comment